Wednesday, 12 September 2012

Ya……begitulah tema kemerdekaan 2012 tahun ini. Di mana “55, tahun, Janji Ditepati’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos. Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Jikalau disingkap semula tema-tema kemerdekaan sebelum ini, kami lebih merasakan ia cukup dekat dan dilihat lebih kepada ekspresi rakyat Malaysia.

Pada kami secara jujurnya tema hari kebangsaan antara yang diingati dan agak relevan pastinya tema seperti “Nilai Murni, Teras Kemajuan”, “Keranamu Malaysia”, ”Negara Kita Tanggungjawab Kita” di zaman era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Kami tidak mengatakan Tema Janji Ditepati yang digunakan ini adalah satu tema agak teruk untuk diangkat sebagai Tema Hari Kebangsaan.

“Tetapi bagi kami adalah eloknya diubah sedikit agar lebih relevan dengan sambutan Hari Kemerdekaan 2012 yang disambut oleh seluruh pelusuk negara”

No comments:

Post a Comment